14 February 2012

Hepy Besday my sayang...

Manja mama Mu'adz Rizqie dah setahun!Hepy Besday sayang!

Salam..

Lama tak update blog...ari ni teriba rajin plak kejap nak coret sikit dalam blog ni,maknanye ber update la jugak...ye tak..hehehhe..

Pada 7 Februari 2011 ,jam 8.08 malam setahun yang lalu masih segar dalam ingatan....Cahaya mata yang dikandung 9 bulan akhirnya di depan mata....tak tergambar rasanya dengan kata-kata...

7 Februari 2012...Mu'adz Rizqie bin Ashrafi dah pun setahun....Selamat hari lahir sayang...Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh kebanggaan mama dan ayah....Mama sayang sangat dgn Mu'adz dan Mu'adz lah nyawa mama dunia akhirat...

07 March 2011

Lama Betul Tak Update Ini Blog......

Salam...

Nampak mcm dah bersawang je blog ni..lama betul xupdate....huhuhuu..banyak yang nak diceritakan sebenarnya,cuma tak berkesempatan je......just nak share perkara terbaru dan yang terindah apabila dianugerahkan cahaya mata sulung seorang putera Mu'adz Rizqie bin Ashrafi pada 7 Feb 2011 yang lalu..lahir di PPUM, 2.6 kg jam 8.18 malam.....satu pengalaman yang paling xbole lupa sampai bila-bila...

Anak mama masa 1 hari...

Bila dah ade anak ni mmg rasa lain sangat...walaupun rutin harian kita totally dah berubah dan adakalanya menguji tahap kesabaran kita,tapi bile tgk wajah anak terutamanya time dia tido rasa sejuk je perut ni mengandungkan dia...xsangka yang anak yang kita kandung selama ni akhirnya di depan mata...memang syahduuu....sekarang ni pun diam tak diam dah sebulan dah Mu'adz..cepat je masa berlalu....


time ni Mu'adz genap seminggu..

okla..ni pun curi-curi update blog sementara hero tu tgh tido....hehehehe..ntah camne tetiba nak mengupdate blog plak....ok,arap-arap adela next entry lain kali....see u...

15 August 2010

Salam Ramadhan Untuk Semua...

Salam...

Walaupun umat Islam dah pun berpuasa untuk hari yang lima,rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua..Moga tahun ini Ramadhan kita mendapat rahmat dariNya..Amin..

26 April 2010

Perpisahan..

Salam..

hai uollllss...blog ni mcm x berapa nak update sejak dua menjak ni..bukan ape,kesibukan yang melanda kini membataskan untuk mencoret sesuatu di sini..cam skema jek.heheheh..


errmm..ape nak cite kali ni ek????Jumaat lepas salah sorang teman di opisss telah bertukar..walaupun hepy untuk dia kerana dapat pulang ke kampung halaman,tapi pada masa yang sama perasaan sedih tu tetap ade...yela,mana tak sedihnye dia banyak tolong dalam keje..bagi aku dia mudah untuk diminta bantuan..tetap tersenyum manis walau macam mana pun keje yang tiba..apepun, selamat bertugas di tempat baru untuk dia..moga suksess selalu walau di mana pun berada... perpisahan..erm,memang sesuatu yang menyedihkan...setiap pertemuan akan ade perpisahannya dan setiap orang tu berbeza penerimaannya tentang perkara tu..terus terang aku belum bersedia dengan mana-mana perpisahan..aku sayang dengan semua di sekeliling aku..family,kawan-kawan..semuanya begitu bermakna dalam hidup aku,betul-betul bermakna....:)

jadi,memang seharusnya kita perlu hargai dengan apa yang kita ade sekarang...sayangi ia dan semoga kasih sayang antara kami terus mekar selamanya...cedih la plak,ahakkzzz;P

20 April 2010

10 petanda menunjukkan dia adalah jodoh kita

Salam.. Just nak share artikel ni yang saya dapat dari sini

Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yan
g ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

pic dari sini

12 April 2010

Kenny Rogers Time..

Salam..

Memandangkan dah agak lama tak menhapdate blog...so,atas permintaan seorang teman..ahaks:P kali ni saye nak cite mase bersuke ria selepas opis hour..sebenarnye time ni dah agak lama gak,ade la dalam 3 4 minggu lepas...tapi lom basi lagi kan..hehhehe...

Kitorang kat opis memang selalu plan nak lepak2 pas keje..kalo cukup 1 geng lagi seronok,tapi tula selalunya memasing ade hal pas keje...so kesempatan untuk lepak2,borak2 release tension selalunye memang tak cukup korum pun...plan punye plan,hari tu saya,en nordin, gurlz behind the lens dan mak yati cadang nak lepak2 santai kat secret recipe..sampai2 jek kat Amcorp Mall, alih2 penuh le plak kat citu..last2 destinasi kitorg kat Mr Kenny aka Kenny Rogers...Walaupun hanye berempat,tapi memang happening sangat..kadang2 bende2 camni la ngn teman2 yang membuatkan kite lupa sekejap dengan masalah yang memang takkan pernah habis...kalau difikir-fikirkan mau agaknye tensionnn.. Jadi bile sekali sekala lepak2 camni orait gak kan...lagipun leh merapatkan hubungan persahabatan...tul x????

Kat sini nak share gambar2 time makan2 tu...memang sedap ditambah plak keseronokan ngn teman2...bertambah2 sedap ayam kenny tu...;)Harap2 pasni leh lepak2 lagi ngn korang sume...kite lepak tempat lain lak k:D


28 March 2010

Saya kebosanan 4 hari...

Salam..

aloo semua...hari ahad..ermmm,pagi2
cik abang saya kene outstation atas urusan keje...urusan KEJE tau...bukan urusan yang lain2..hihihi.itu memberi makna yang saya akan kebosanan selama empat hari tanpa sms si dia...panggilan pun maybe sekali sekala jekk..iskk,iskkk...sedihhhhhhh..

pagi2 hantar dia g opis sebelum dia bertolak ke airport...entah kenapa hati saya sayu sngat....mungkin sebab ini pertama kali saya dan dia berjauhan yang betul2
jauh semenjak kami berkasih-kasih,cewahhh.ahakzz..setakat ni yela kalao saya kene outstation,mesti dalam malaysia jekkk...rasenye ni pun salah satu dugaan alam pertunangan kot..berjauhan dan ianya menguji perasaan masing-masing..ermmm..cepatlah khamissss...

oklah,nak cite tentang perasaan saya untuk hari in jek...saya rindu dia...sejak tadi sebelum dia terbang,ade kat malaysia lagi saya dah mula rindukan dia....camnela nak mengharungi hari seterusnya ni lebih2 lagi tanpa sms dar
i dia....mesti bosannnn....jumpe lagi nnti....temankan saya 4 hari ni ek....c u!